Sekolah Menengah Agama Terengganu
Wednesday, June 25, 2014
KURSUS WASIT JURI SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU 2014
Kursus tersebut di atas telah diadakan pada 7 - 8 Februari 2014 bertempat di Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan, Batu Rakit, Terengganu. Setiap sekolah telah menghantar 4 orang peserta untuk mengikuti kursus ini. SMA Maarif telah diwakili oleh Ustaz Kamal Ariffin bin Jusoh, Cikgu Razak bin Abd Rahman, Ustazah Nor Fadhlaine bt Mohd Salleh dan Cikgu Wan Ruslina bt Wan Abdullah.
Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Mereka terdiri daripada Tuan Haji Mohamad bin Mat Amin (Majlis Sukan Negeri Terengganu), Tuan Haji Nor Azman bin Mohamad (SMK Chalok, Setiu) dan Encik Shahrul Fahmi bin Abu Bakar - Jurulatih SUKMA (MSN Terengganu).
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah Tahun 2013.
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah,
Sekolah Menengah Agama Terengganu kali pertama tahun 2013 telah diadakan pada
hari Rabu, 16 Januari 2013. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Wan
Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pesuruhjaya (Sumber dan Teknologi) JaHEAT,
telah diadakan pada jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Agama
Khairiah, Kuala Terengganu. Seramai 30 orang guru yang berkenaan telah
dipanggil untuk menghadiri mesyuarat kali ini. Mereka terdiri daripada Guru
Perpustakaan dan Media (GPM) (10 orang), Guru Penyelaras Perpustakaan (10
orang) dan Guru Penyelaras Makmal Komputer (10 orang).
Menariknya, tapi tidak menghairankan. Daripada 28 orang guru yang hadir, hanya 5 orang sahaja guru lelaki. Mereka ialah Ustaz Mohd Rani dan Cikgu Aminuddin (SMA SZA Ladang), Cikgu Razak (SMA Maarif), Ustaz Mohd Busra (SMA Al Falah) dan Cikgu Adnan (SMA Setiu). Ini bermakna modal insan yang akan menjalankan aktiviti PSS di semua 10 buah sekolah agama Terengganu adalah kaum perempuan. Tanggungjawab guru-guru PSS adalah besar terutamanya GPM. Mereka perlu memperuntukkan sebahagian besar masa kerja mereka untuk PSS terutama dalam aspek pengurusan PSS. Masih ramai yang tidak tahu betapa pentingnya peranan PSS dalam kemajuan sesebuah sekolah. PSS adalah salah satu nadi yang menentukan maju atau mundurnya sesebuah sekolah.
Kem Bina Insan Asrama Putera Tahun 2013
Kem Bina Insan untuk penghuni asrama putera SMA Maarif,
Besut telah diadakan pada 4 - 6 April 2013. Kem yang dianjurkan bersama oleh
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, JaHEAT (Bahagian Pendidikan) dan SMA Maarif
ini diadakan di Dewan Makan, SMA Maarif.
Seramai 3 orang fasilitator yang berpengalaman telah dilantik untuk
mengendalikan kem ini. Mereka ialah Cikgu Sukeri bin Ibrahim (SMA Setiu) Ketua
Fasilitator, Cikgu Kama Azmi bin Nik Kamarudin (SMA Setiu) dan Cikgu Razak bin
Abd Rahman (SMA Maarif). Seramai 103 orang penghuni telah mengikuti kem selama
3 hari 2 malam ini.
~~~
Assalamualaikum..
Syukur padaMu ya Allah kerana aku masih diberi ruang untuk terus beribadah kepadaMu.. Tujuan aku menaip sekarang ini adalah untuk menceritakan serba sedikit mengenai Sekolah Menengah Agama Terengganu. Aku merupakan salah seorang pelajar SMAT di daerah Besut. Aku belajar di sini sudah hampir 4 tahun. Sepanjang aku berada di SMAT, banyak perkara yang dapatku pelajari serta mendapat banyak pengalaman baru. Pada mulanya, aku tidak suka dengan pilihan ibuku untuk belajar di sini kerana tidak ada seorang pun sahabat aku yang belajar di sana. Aku takut aku akan kesunyian. Namun, setelah hari pertama aku di sana, aku berasa sangat seronok. Aku suka melihat senior2ku yang bertudung labuh. Sejuk sahaja mata memandang. Banyak kelebihan rupanya berada di sekolah agama. Aku bersyukur kerana ibuku menghantar aku ke sana. Nampaknya pilihan ibuku memang tepat. Guru2 di sini terer2 semuanya. Apatah lagi guru2 untuk team PMR.. Allahu, betapa bertuahnya diriku ini kerana guru2 PMR di sini memang hebat2 belaka. Semuanya sudah mempunyai pengalaman mengajar puluhan tahun. Alhamdulillah, rezeki menyebelahiku ketika itu. Di samping itu, aktiviti kokurikulum di sini juga agak aktif terutama sekali Unit Pengakap Udara. Aku merupakan salah seorang ahli jawatankuasa untuk Unit Pengakap Udara. Pengakap udara juga aktif dalam berkawad. Sekian sahaja drp aku kal ini. Wallahu'alam.

Subscribe to:
Posts (Atom)