Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah,
Sekolah Menengah Agama Terengganu kali pertama tahun 2013 telah diadakan pada
hari Rabu, 16 Januari 2013. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Wan
Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pesuruhjaya (Sumber dan Teknologi) JaHEAT,
telah diadakan pada jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Agama
Khairiah, Kuala Terengganu. Seramai 30 orang guru yang berkenaan telah
dipanggil untuk menghadiri mesyuarat kali ini. Mereka terdiri daripada Guru
Perpustakaan dan Media (GPM) (10 orang), Guru Penyelaras Perpustakaan (10
orang) dan Guru Penyelaras Makmal Komputer (10 orang).
Menariknya, tapi tidak menghairankan. Daripada 28 orang guru yang hadir, hanya 5 orang sahaja guru lelaki. Mereka ialah Ustaz Mohd Rani dan Cikgu Aminuddin (SMA SZA Ladang), Cikgu Razak (SMA Maarif), Ustaz Mohd Busra (SMA Al Falah) dan Cikgu Adnan (SMA Setiu). Ini bermakna modal insan yang akan menjalankan aktiviti PSS di semua 10 buah sekolah agama Terengganu adalah kaum perempuan. Tanggungjawab guru-guru PSS adalah besar terutamanya GPM. Mereka perlu memperuntukkan sebahagian besar masa kerja mereka untuk PSS terutama dalam aspek pengurusan PSS. Masih ramai yang tidak tahu betapa pentingnya peranan PSS dalam kemajuan sesebuah sekolah. PSS adalah salah satu nadi yang menentukan maju atau mundurnya sesebuah sekolah.
No comments:
Post a Comment